Monday, 17 September 2012

MAKSUD IKS




  Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS.

  Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini.


  Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.


  Dewasa ini sumbangan IKS semakin terserlah dan ini dapat dilihat dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap. Pada tahun 1994 misalnya, IKS terdiri 84.1% dari jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia.


  IKS juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.


  Lebih penting daripada peratusan perangkaan di atas ialah peranan sebenar yang dimainkan oleh IKS dalam pertumbuhan sektor perkilangan dan keseluruhan pembangunan ekonomi negara.


  Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.


  Rencana ini cuba mendedahkan hubungjalin antara pertumbuhan sektor perkilangan dengan perkembangan IKS di Malaysia. Penekanan utama akan diberikan terhadap sumbangan penting IKS kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya.




senarai IKS sekitar Batu Pahat


berikut adalah senarai- senarai IKS yang terdapat di sekitar batu pahat.. antaranya.. korang klik je nama - nama di bawah ni... muwehehehe..

nak ikutkan banyak lagi sebenarnya, nanti kami update dari semasa ke semasa.. amacam..


1. Hafsah bt Ahmad (millenium book store)
2. Halimahton Binti Dol (kedai runcit sorlinaz)
3. Jasmani bt Sabtu (Waliwali Enterprise)
4. Zanariah Bt Sowpi (A & Z best enterprise)
5. MD Warsin b Paiman (Dapur Keluarga kita)
6. Maria by Mansor (Restoran D'pesta kenangan)
7. Mohd Nasriq b Mohd Yusoff
8. Nor Hassan Bin Ibrahim
9. Mohamed Fakhruddin
10. Saripah Bt Ahmad 
11. Siti Nurhidayah bt Rahman
12. Norlaila bt Sabtu (alladin beng enterprise)
13. Norashikin bt mohd Salim (kress 24 jam)
14. Rostam b Sidek (mega jaya enterprise)
15. Masri b Hj Tahir (kedai runcit masri)
16. Zaharah bt Safeyee (arah takdir sdn bhd)
17. Joriah Hj Mohd ramli (kedai runcit ju)
18. Ahmad b Imran (Along enterprise)
19. Siti Zaleha (songsar sdn bhd)
20. Norhana Aripin (norana two seven)
21. Iskandar Zulkarnaeen (iskandar teguh)
22. Julaimi bt tugi (pasar segar jue)
23. Nazoha hashim (nazoha enterprise)
24. Asmaliah bt Abdul Salam (liawani enterprise)
25. Nadia Hana Afandi (nadia classic enterprise)
26. Maryani bt Wagiran
27. Zaidah Bt Shahir
28. Asbullah b Asri
29. Rosman b Saat
30. Mohd Noh b Yusof
31. Sabstu bin Kadis




kata-kata hikmah bisnes

  1. Jangan mudah bosan atau berputus asa
  2. Nyatakan misi dan matlamat anda dengan jelas
  3. Laksanakan idea anda
  4. Langkaui kemusykilan
  5. Kreatif
  6. Anda tidak keseorangan
  7. Cari dan cipta peluang
  8. Sentiasa fikir cara mencari duit
  9. Buat kajian
  10. Sentiasa bersedia untuk sebagai kemusykilan
  11. Lakukan apa saja yang anda suka
  12. Fikir dengan bijak
  13. Sabar
  14. Jangan takut
  15. Mengaku kesalahan dan baikinya
  16. Cari keunikan dalam bisnes anda